Mar 28, 2012

mimpi

saya harap, puteri dari bristol sana balik sebelum saya register masuk semester baru uniten bulan jun nanti.

sebab saya mimpi, dia jerit jerit, telefon saya, "Ainnnnnnnnnnnnnn datang rumah saya cepat?!!"

maka saya pon berlari pecut seratus meter ke arah rumah puteri. almaklum lah ofis depan rumah je. saya siap panjat panjat pagar sebab gelabah dengar puteri jerit. tau je lah kalau dia cemana. macam tengok cite hantu tu.

bila da sampai depan pintu dengan gaya penyelamat paling hot, dia pon bukak pintu dengan baju kembang kembang macam fairy. saya da ready na terajang pintu sebab da rasa dipermainkan. puii. sekali puteri usher saya masuk dalam rumah, and guess what i see?

FOOD!!!!!!!

macam dalam citer alice in wonderland ade rumah buat dengan coklat gegula semua tu. ini food. paham ta? terus ta jadi na terajang. tp sengih busuk amek makanan isi dalam pinggan banyak banyak.

ade cupcake colourfull bertingkat tingkat. chocolate fountain kiri kanan. rainbow cake, choc cake, cheese cake, segala jenis cake lah ada kat meja tu. spaghetti lasagna, laksa, bakso, murtabak, nasi beriani (tetibe ada), bihun singapore. penuh meja weh dengan makanan.

lepas tu saya nampak azri tergolek dekat kerusi, pengsan mungkin, dengan chocolate di tangan dan bersememeh dipipi. yang lain lain tengah tengok tv, sambil baring, dan atas perut masing masing ade sepinggan desert, cake, watever.

yang pelik, kenapa ade semua dalam mimpi tapi tade kereta pon kat luar rumah? korang datang cemana? terbang?

Feb 10, 2012

update + Kisah Ben10 yg terlampau ~~


Assalamualaikum Semua ~

Btw, aku rasa tarikh kat blog ni ada masalah...wafi punye post sblom ni rasanya macam baru je lagi...tapi why dia tulis bulan 10 tahun lepas eh ????

~~~
Ok, ada 2 agenda kite ari ni...pertama, kite nak kemaskini status masing2...mana r tau dalam masa 3 4 bulan ni ada yang dah kawen ke..heee

Dan kedua, aku nak cerita tentang tin Ben10.

PERTAMA :

Berikut merupakan aktiviti semasa ahli-ahli. Sila pastikan maklumat yang terdapat didalam gambar dibawah tepat, dan bebas dari kesilapan. Namun, Ketua kumpulan berhak menukar fakta yang beliau dapati kurang tepat bagi pengamatan beliau :-)


Dari gambaq di atas, kite boleh simpulkan bahawa kite sudah mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melakukan aktivit2 setempat dimana kite sudah mempunyai ada sorang arkitek, sorang model, dan sorang businesswoman. abaikan juretera pencen tersebut.

Daripada data tersebut juga, suka saya katakan disini bahawa semua ahli akan menamatkan degree mereka dalam masa kurang setahun dari sekarang. Maknanya, tahun 2013 adalah tahun untuk bekerja dan kahwin:-)
Dan juga saya kira ahli2 yang berada di luar negara boleh mula mendarat ke KLIA semula selewat2nya suku pertama tahun hadapan.

Dan suka saya ingatkan disini bahawa semua gadis sudah lari dijual kepada imam2 muda diluar sana, manakala masih terdapat tiga kekosongan di pihak lelaki :-)

Dan sepanjang beberapa bulan ini, terdapat 2 ahli yang telah mendapat kecacatan iaitu di bahagian internet dan di bahagian telefon :-) Saya berharap kecacatan tersebut dapat diatasi dengan segera utk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku :-)

Akhir kata, saya sangat bergembira dengan prestasi kanak2 sekarang. semoga terus sukses.

Sila komen di bawah jika ada maklumat yg tidak tepat.

KEDUA

- Bersambung di post seterusnya :-)